Showing posts with label TIPS BIJAK BELAJAR. Show all posts
Showing posts with label TIPS BIJAK BELAJAR. Show all posts

MEMBACA SECARA BERKESAN


Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D
         

  Membaca adalah satu proses yang sangat penting untuk mendapat ilmu dan maklumat. Kebanyakan pelajar mempunyai tabiat belajar yang buruk.  Akibatnya mereka menghadapi masalah seperti cepat bosan, jemu, kurang minat, mengantuk dan sebagainya. Lama-kelamaan jika diteruskan juga akan membuatkan pelajar rasa malas untuk membaca. Kesedaran tentang betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan perlu ditanam dalam diri pelajar. Dengan ilmu manusia disanjung, dikagumi dan dihormati.  Kejayaan dan kecemerlangan hidup tidak mungkin tercapai tanpa ilmu.

Persediaan Sebelum Membaca.
                            
Langkah-langkah yang berikut perlu diambil untuk memastikan pelajar mampu membaca secara berkesan.

MENGURUS MASA BELAJAR


(Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D)

 Masa bukanlah emas sebab masa tidak boleh dijual beli seperti emas. Masa sebenarnya ialah degupan jantung anda.  Masa adalah nyawa anda, kehidupan anda.   
- Dr. T. Asmadi

Pelajar perlulah bijak menguruskan masa mereka agar dapat diseimbangkan antara aktiviti mengulangkaji dengan aktiviti-aktiviti lain.  Kegagalan mengurus dan mengatur masa dengan berkesan antara faktor kegagalan dalam pelajaran.  Sebagai pelajar anda  mestilah:

KEMAHIRAN BELAJAR

1.
Pelajar Dan Pembelajaran
Pelajar perlulah mengetahui apakah tujuan mereka belajar iaitu sama ada untuk mendapatkan ilmu dan kecermerlangan ataupun belajar kerana mengikut rakan-rakan sahaja.Dengan ini para pelajar akan sedar tentang tanggungjawab mereka sebagai pelajar.

KEMAHIRAN MENYOAL DALAM PROSES PEMBELAJARAN


Bertanya ditakrifkan sebagai satu aktiviti pembelajaran yang dilakukan oleh orang belum, tidak tahu atau kurang pengetahuan terhadap sesuatu perkara. Aktiviti bertanya berlaku apabila sesuatu konsep yang kurang difahami. Untuk mendapatkan penjelasan dan sesuatu keterangan dan untuk mendapatkan kepastian. Pelajar yang sering bertanya akan mendapat banyak maklumat. Faedah yang boleh diperolehi adalah seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W. yang bermaksud; 

"Terdapat empat (4) faedah dan kebaikan bertanya, pertama kepada tukang tanya, kedua kepada orang yang kena tanya, ketiga kepada orang yang mendengar dan keempat kepada orang yang suka kepada tiga golongan orang di atas"
(Abu Naim) 

KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH





Selain dari tahap pengetahuan dan pengertian, ada tiga tahap pembelajaran dalam kategori pembelajaran Bloom, iaitu tahap  penggunaan, tahap analisis dan tahap sintesis, yang melibatkan penyelesaian masalah. Semua tahap pembelajaran, iaitu enam semuanya, memerlukan pemikiran, tetapi darjah keperluan kepada kemahiraan berfikir meningkat dari tahap permulaan hingga yang terakhir iaitu tahap penilaian.



KEMAHIRAN MEMBUAT RUJUKAN


Teknik membuat rujukan ini akan membantu para pelajar mengenalpasti sumber-sumber lain selain daripada buku teks seperti dengan cara bertemu, bertanya dan berbincang dengan orang yang lebih arif. Sesuai sekali dengan firman Allah yang bermaksud; 
"Bertanyalah kamu kepada ahli-ahli jika kamu tidak mengetahui"
(Al-Nahl: 43) 


KEMAHIRAN MENDENGAR DALAM PEMBELAJARAN.


Mendengar ialah satu daripada proses komunikasi dalam pembelajaran. Mendengar merupakan proses rangsangan di mana pelajar menerima maklumat yang disampaikan. Proses mendengar yang berkesan akan membantu pelajar mengikuti pelajaran, memahami, mengingat dan membuat catatan.Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi aktiviti pendengaran. Antaranya ialah keadaan fizikal pendengar dan penyampai, keletihan mendengar, jarak atau kedudukan, suasana persekitaran, gaya penyampaian dan pengetahuan penyampai. 

TEKNIK-TEKNIK MENGHADAPI PEPERIKSAAN



Sepatutnya anda dapat dikatakan pakar dalam hal ini, kerana kekerapan anda mengambil peperiksaan semenjak kecil lagi. Namun begitu , anda mungkin lupa sesuatu, ataupun tidak tahu teknik-teknik yang dapat membantu kecekapan anda. Berikut beberapa panduan dan teknik yang dapat mengurangkan ketegangan menghadapi peperiksaan. 

PERSIAPAN.
Persiapan pada sebelum malam peperiksaan.
Pelajar-pelajar suka belajar hingga larut malam terutama sekali pada malam sebelum peperiksaan. Sepatutnya amalan ini ditinggalkan dan sebaliknya anda cuba berehat. Tidur awal membolehkan anda berasa tenang dan bertenaga semasa menghadapi peperiksaan pada keesokannya harinya.

PENGURUSAN MASA



 Setiap manusia amnya dan umat Islam khasnya diwajibkan menguruskan dan menggunakan masa dengan cara yang paling sempurna, optimum dan berkesan. Oleh itu terdapat banyak ayat-ayat dalam Al-Quran yang menggesa dan menyarankan agar semua umat Islam berbuat demikian. Antaranya seperti maksud ayat di bawah;
"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran." (Al-`Ashr: 1-3) 


KEMAHIRAN : KAEDAH MENGINGAT



Proses pembelajaran memerlukan daya usaha untuk mengingati apa yang hendak dipelajari. Topik ini akan memberikan kaedah khusus untuk memudahkan anda mengingati apa yang telah dibaca di dalam buku teks ataupun buku rujukan. Teknik ini dinamakan SQ3R. Ia diterangkan seperti berikut:
  • SURVEY
    Mendapatkan gambaran awal keseluruhan topik yang hendak dipelajari dengan membaca perenggan pertama dan juga terakhir.

KEMAHIRAN BELAJAR SECARA BERKUMPULAN


Belajar secara berkumpulan merupakan satu aktiviti yang sangat digalakkan. Dalam aktiviti ini para pelajar digalakkan bertukar-tukar fikiran dan saling bantu-membantu. Tuntutan adalah selaras dengan firman Allah yang bermaksud;

 "Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk kebajikan dan bertaqwa dan jangan bertong-tolong pada melakukan dosa dan kemungkaran"  (Al-Maidah: 2)