KEMAHIRAN : KAEDAH MENGINGAT



Proses pembelajaran memerlukan daya usaha untuk mengingati apa yang hendak dipelajari. Topik ini akan memberikan kaedah khusus untuk memudahkan anda mengingati apa yang telah dibaca di dalam buku teks ataupun buku rujukan. Teknik ini dinamakan SQ3R. Ia diterangkan seperti berikut:
  • SURVEY
    Mendapatkan gambaran awal keseluruhan topik yang hendak dipelajari dengan membaca perenggan pertama dan juga terakhir.
  • QUESTION
    Mengenalpasti isu atau perkara pokok yang hendak disampaikan di dalam topik tersebut. Sebagai contoh, apakah mesej yang ingin disampaikan di dalam kisah ini?.
  • READ
    Membaca secara proaktif dengan menghayati keseluruhan bahan yang dibaca, perenggan demi perenggan sehingga habis topik tersebut.
  • RECALL
    Mengingat, dan cuba terangkan kembali dengan perkataan atau ayat sendiri tentang isi kandungan yang telah dipelajari dan difahami daripada topik yang telah dibaca itu.
  • REVIEW
    Membaca sekali lagi bagi memastikan apa yang telah dipelajari dan difahami tadi terus tersimpan di dalam otak.

No comments:

Post a Comment