1.
|
Pelajar Dan Pembelajaran
|
Pelajar perlulah mengetahui apakah tujuan
mereka belajar iaitu sama ada untuk mendapatkan ilmu dan kecermerlangan ataupun
belajar kerana mengikut rakan-rakan sahaja.Dengan ini para pelajar akan sedar
tentang tanggungjawab mereka sebagai pelajar.
|
|
2.
|
Pengurusan Diri
|
Para pelajar mestilah boleh menguruskan
diri sendiri serta menyesuaikan diri dengan persekitaran persekolahan dan
pembelajaran yang stabil. Pelajar perlu menjadikan sekolah sebagai tempat
yang menyeronokkan untuk menuntut ilmu.
|
|
3.
|
Mengurus
Masa
|
Pelajar mesti
berupaya menjadualkan masa untuk belajar, beriadah, bergiat dalam kegiatan
ko-kurikulum, menonton televisyen dan sebagainya. Pelajar juga mestilah
berkebolehan mengingati sesuatu dalam jangka masa yang lebih panjang.
|
|
4.
|
Kemahiran
Merancang
|
Kemahiran merancang
semua aspek hidup amat penting, misalnya pelajar mestilah tahu apa yang telah
dan akan dilakukan. Oleh itu, pelajar mestilah mempunyai arah dan tujuan yang
positif.
|
|
5.
|
Kemahiran
Berfikir
|
Untuk menjadi
pelajar yang berjaya, pelajar mesti berfikiran secara kritis dan positif.
Kemahiran berfikir ini harus dipelajari dan dipraktikkan.
|
|
6.
|
Kemahiran
Belajar
|
Belajar bukanlah
sesuatu yang mudah tetapi bukanlah sesuatu yang sukar. Untuk menjadikan
belajar itu mudah, para pelajar mestilah menguasai kemahiran belajar yang
sistematik.
|
|
7.
|
Kemahiran
Membaca
|
Boleh dikatakan
semua pelajar boleh membaca tetapi tidak ramai yang boleh membaca dengan
pantas, dan dalam masa yang sama dapat memahami dan mengingati apa yang
dibaca.Oleh itu, para pelajar mestilah menguasai kemahiran membaca dengan
sebaik mungkin.
|
|
8.
|
Kemahiran
Membuat Nota
|
Terdapat pelbagai
cara dan kaedah membuat nota, tetapi yang penting, nota yang anda buat
mestilah memudahkan anda memahaminya. Jika kita hanya membaca atau menyelidik
tanpa mencatatnya di dalam buku nota, kesannya tidak akan sampai ke mana dan
tidak bertahan lama.
|
|
9.
|
Kemahiran
Menyelidik
|
Bagi memahami dan
mendalami ilmu pengetahuan, setiap pelajar mesti mahir merujuk dan menyelidik
sama ada daripada buku- buku, akhbar, majalah, membuat temu ramah, dan
sebagainya.
|
|
10.
|
Kemahiran
Menyampaikan
|
Setelah anda
membaca, berfikir, belajar dan membuat nota, seharusnya anda mahir pula
menyampaikan kembali apa yang anda fahami dengan berkesan sama ada dalam
bentuk tulisan mahupun lisan.
|
|
11.
|
Teknik
Peperiksaan
|
Setiap pelajar akan
dinilai melalui peperiksaan. Oleh itu, pelajar mesti berkebolehan menguasai
teknik-teknik peperiksaan seperti keupayaan menganalisis soalan, mengetahui
takrif soalan dan menjawab soalan.
|
|
12.
|
Kemahiran
Menilai
|
Pelajar mesti
berupaya menilai kelemahan dan kekuatan diri sendiri di samping sentiasa
berusaha memperbaiki segala kelemahan diri. Jangan sesekali menyalahkan orang
lain jika kita gagal. Adalah lebih baik kita menyalahkan diri sendiri dan
melihat kelemahan-kelemahan diri dan seterusnya bertekad untuk berjaya.
|
No comments:
Post a Comment