KEMAHIRAN BELAJAR SECARA BERKUMPULAN


Belajar secara berkumpulan merupakan satu aktiviti yang sangat digalakkan. Dalam aktiviti ini para pelajar digalakkan bertukar-tukar fikiran dan saling bantu-membantu. Tuntutan adalah selaras dengan firman Allah yang bermaksud;

 "Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk kebajikan dan bertaqwa dan jangan bertong-tolong pada melakukan dosa dan kemungkaran"  (Al-Maidah: 2) 



Beberapa panduan dalam melakukan aktiviti belajar secara berkumpulan. Panduan tersebut adalah seperti berikut;
  1. Bentuk kumpulan seramai 5 – 10 orang.
  2. setiap kumpulan perlu mempunyai ketua.
  3. Lantiklah seorang pencatat.
  4. Tetapkan satu tarikh pertemuan yang telah dipersetujui bersama
  5. Tetapkan tajuk yang akan dibincangkan lebih awal.
  6. Lakukan aktiviti pembelajaran ditempat yang sesuai.
  7. Sediakan peralatan secukupnya dan
  8. Duduklah dalam bulatan ketika memulakan perbincangan.
  9. Terdapat juga tatacara yang perlu dilakukan seperti;
  10. Ahli mesti patuh kepada ketua yang dilantik.
  11. Ahli mesti membuat sedikit persediaan terhadap tajuk yang akan dibincangkan.
  12. Hadkan masa yang digunakan.
  13. Mendengar dan memberi pendapat dengan baik.
  14. Lakukan penilaian terhadap pencapaian pembelajaran dan
  15. Ahli digalakkan menyalin fakta yang telah disampaikan.
Banyak faedah yang boleh diperolehi daripada aktiviti belajar secara berkumpulan seperti;
  • Dapat menjimatkan masa.
  • Dapat mengumpulkan isi dengan lebih banyak.
  • Dapat meningkatkan minat dan motivasi terhadap pelajaran.
  • Dapat mengelakkan rasa jemu dan bosan.
  • Dapat mengelakkan rasa mengantuk.
  • Dapat mengurangkan rasa malas belajar.
  • Dapat memupuk rasa setiakawan.
  • Dapat menambah, mengingat dan mengembangkan ilmu secara berkesan.

No comments:

Post a Comment