INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI


 

Sistem pengajian tinggi dibentuk untuk memastikan bahawa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berupaya dalam usaha membina reputasi dengan keupayaan yang dinamik, berdaya saing selain mampu meramalkan cabaran masa hadapan dan bersedia untuk bertindak secara berkesan seiring dengan perkembangan global. Usaha meningkatkan keupayaan IPTA akan terus dilakukan untuk melaksanakan fungsi dan tanggungjawabnya dengan lebih cekap, telus dan berkesan ke arah mewujudkan sistem pengajian tinggi yang cemerlang.
 
Selaras dengan matlamat tersebut, IPTA di Malaysia dikategorikan kepada tiga (3) kumpulan, iaitu universiti penyelidikan, universiti berfokus (teknikal, pendidikan, pengurusan dan pertahanan) dan universiti komprehensif.  Sehingga kini, terdapat 20 buah IPTA di negara ini yang terdiri daripada lima (5) universiti penyelidikan, empat (4) universiti komprehensif dan 11 universiti berfokus.
 
Universiti penyelidikan memberikan tumpuan kepada bidang penyelidikan, sementara universiti berfokus memberikan tumpuan kepada bidang khusus berkaitan dengan penubuhannya, manakala universiti komprehensif pula menawarkan pelbagai kursus dan bidang pengajian.
 
IPTA di Malaysia 

Universiti Penyelidikan

1.     Universiti Malaya (UM), Lembah Pantai, 50603 Kuala Lumpur
http://www.um.edu.my
2.     Universiti Sains Malaysia (USM),11800 Minden, Pulau Pinang
http://www.usm.my
3.     Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600 Bangi, Selangor
http://www.ukm.my
4.     Universiti Putra Malaysia (UPM), 43400 Serdang, Selangor
http://www.upm.edu.my
5.     Universiti Teknologi Malaysia (UTM), 81310 Skudai, Johor
http://www.utm.my


Universiti Komprehensif

1.     Universiti Teknologi MARA (UiTM), 40450 Shah Alam, Selangor
http://www.uitm.edu.my
2.     Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Jalan Gombak,
53100 Gombak,Selangor
http://www.iiu.edu.my
3.     Universiti Malaysia Sabah (UMS), Beg Berkunci 2073,
      88899 Kota Kinabalu, Sabah
http://www.ums.edu.my
4.     Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kota Samarahan,
93400 Kuching, Sarawak
http://www.unimas.my


Universiti Berfokus

1.     Universiti Utara Malaysia (UUM) 06010 UUM Sintok, Kedah
http://www.uum.edu.my
2.     Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Jalan Slim,
35900 Tanjung Malim, Perak
http://www.upsi.edu.my 
3.     Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM) Beg Berkunci 101,
86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor
http://www.uthm.edu.my 
4.     Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Hang Tuah Jaya
76100 Durian Tunggal, Melaka.
http://www.utem.edu.my  
5.     Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Tkt. 11, Bangunan KWSP,
Jalan Bukit Lagi, 01000 Kangar,Perlis
http://www.unimap.edu.my  
6.     Universiti Malaysia Terengganu (UMT), 
      21030 Mengabang Telipot, Kuala Terengganu, Terengganu
http://www.umt.edu.my 
7.     Universiti Malaysia Pahang (UMP), Beg Berkunci 12, Kuantan,
25500 Pahang
http://www.ump.edu.my  
8.     Universiti Sains Islam Malaysia(USIM) , Bandar Baru Nilai,
71800 Nilai,Negeri Sembilan
http://www.usim.edu.my 
9.     Universiti Sultan Zainal Abidin (Dahulu dikenali sebagai UDM)
Canseleri, Kampus Kota, Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu
20400 Terengganu
http://www.unisza.edu.my
10.  Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Karung Berkunci 36,
Pengkalan Chepa, 16100 Kelantan
http://www.umk.edu.my
11.  Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Kem Sungai Besi,
57000 Kuala Lumpur
http://www.upnm.edu.my/








No comments:

Post a Comment