1Sekolah 1Blog ke Arah Transformasi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
PROGRAM UBK SEMESTER 1 2012
MAJLIS TAKLIMAT DAN SEMINAR KEIBUBAPAAN
(Tarikh : 3 Januari 2012, Tempat : Dewan Sementara SMKRP)
Majlis Taklimat dan Seminar Keibubapaan yang menjadi pembuka tirai program UBK 2012 ini telah dilaksanakan dengan tujuan untuk mendedahkan kepada ibu bapa tentang situasi baru pembelajaran dan budaya di peringkat sekolah menengah disamping mendengar amanat-amanat serta harapan pihak pentadbir sekolah terhadap murid baru. Dengan pendedahan dan penjelasan tersebut diharap para ibu bapa khususnya dapat membina kekuatan dan meningkatkan potensi anak-anak untuk memartabatkan kualiti akademik dan sahsiah murid pada masa akan datang. Dengan pemuafakatan dan perkongsian maklumat, pengalaman , kemahiran, tenaga dan komitmen di antara ibu bapa dan warga sekolah untuk memehuhi keperluan dan kebaikan bersama secara berterusan bagi membantu mengukuhkan kecemerlangan murid.
| Ibu bapa yang hadir tekun mendengar ceramah |
PERMOHONAN KEMASUKAN KE UiTM SESI AKADEMIK 2 2012/2013
- Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk mengikuti Program di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
- Pemohon dikehendaki melayari http://online.uitm.edu.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut, sebelum membuat permohonan.
- Pemohon dikehendaki membeli no. slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 2 Julai 2012 (Isnin) dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil) melalui cawangan BSN/Mesin ATM/MyBSN/SMS Banking. (no. Slip yang dibeli sebelum 2 Julai 2012 adalah TIDAK SAH untuk permohonan ini).
MEMBACA SECARA BERKESAN
Oleh: Dr. Tengku
Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D
Persediaan Sebelum Membaca.
Langkah-langkah
yang berikut perlu diambil untuk memastikan pelajar mampu membaca secara berkesan.
MENGURUS MASA BELAJAR
(Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D)
Masa bukanlah
emas sebab masa tidak boleh dijual beli seperti emas. Masa sebenarnya ialah degupan jantung
anda. Masa adalah nyawa anda, kehidupan
anda.
- Dr. T. Asmadi
Pelajar perlulah
bijak menguruskan masa mereka agar dapat diseimbangkan antara aktiviti
mengulangkaji dengan aktiviti-aktiviti lain.
Kegagalan mengurus dan mengatur masa dengan berkesan antara faktor
kegagalan dalam pelajaran. Sebagai
pelajar anda mestilah:
KEMAHIRAN BELAJAR
1.
|
Pelajar Dan Pembelajaran
|
Pelajar perlulah mengetahui apakah tujuan
mereka belajar iaitu sama ada untuk mendapatkan ilmu dan kecermerlangan ataupun
belajar kerana mengikut rakan-rakan sahaja.Dengan ini para pelajar akan sedar
tentang tanggungjawab mereka sebagai pelajar.
|
Keputusan Permohonan ke Program Matrikulasi sesi 2012/2013
Keputusan permohonan ke Program Matrikulasi sesi 2012/2013 bagi pelajar PST & PDT mulai 25 April - 31 Mei 2012. Keputusan boleh disemak melalui talian www.moe.gov.my atau sms taip MOE MAT NO.KP hantar ke 15888. Tarikh pendaftaran bagi pengambilan sesi 2012/2013 ialah pada : 28 Mei 2012 bagi kolej-kolej matrikulasi di semenanjung Malaysia dan 21 Mei 2012 bagi Kolej Matrikulasi Labuan.
Permohonan Kemasukan ke Institut Pendidikan MARA (IPMa) bagi sesi Julai 2012 :
German Malaysian Institute (GMI) \ Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) \ Kolej Poly Tech MARA (KPTM) \ Kolej Profesional MARA (KPM) \ Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
Maklumat Lanjut >>
Permohonan di buka dari 1 Mac hingga 20 April 2012
German Malaysian Institute (GMI) \ Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) \ Kolej Poly Tech MARA (KPTM) \ Kolej Profesional MARA (KPM) \ Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
Maklumat Lanjut >>
Permohonan di buka dari 1 Mac hingga 20 April 2012
Permohonan Kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian (PISMP) Ambilan Jun 2012
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Aplikasi Permohonan Kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP) Ambilan Jun 2012 boleh dibuat mulai 22 Mac 2012 (Khamis) melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia
Sekian, terima kasih.
PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2011
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.
Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.
Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.
Sekian, terima kasih.
Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.
Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.
Sekian, terima kasih.
KEMASKINI PERMOHONAN PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SESI 2012/2013
Sukacita dimaklumkan bahawa proses kemaskini permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2012/2013 dibuka mulai 6 Februari 2012 sehingga 19 Februari 2012. Pelajar SPM 2011 yang memohon melalui internet hanya perlu menggunakan nombor kad pengenalan atau nombor angka giliran SPM untuk masuk. Sebarang pertanyaan atau masalah boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di talian 03-88844040/4031 atau layari laman sesawang http://www.moe.gov.my atau http://www.moe.gov.my/bmkpm.
Subscribe to:
Posts (Atom)






