PROGRAM UBK SEMESTER 1 2012

MAJLIS TAKLIMAT DAN SEMINAR KEIBUBAPAAN

(Tarikh : 3 Januari 2012, Tempat : Dewan Sementara SMKRP)

Majlis Taklimat dan Seminar Keibubapaan yang menjadi pembuka tirai program UBK  2012 ini telah dilaksanakan dengan tujuan untuk  mendedahkan kepada ibu bapa tentang situasi baru pembelajaran dan budaya di peringkat sekolah menengah disamping mendengar amanat-amanat serta harapan pihak pentadbir sekolah terhadap murid baru. Dengan pendedahan dan penjelasan tersebut diharap para ibu bapa khususnya dapat membina kekuatan dan meningkatkan potensi anak-anak untuk memartabatkan kualiti akademik dan sahsiah murid pada masa akan datang. Dengan pemuafakatan dan perkongsian maklumat, pengalaman , kemahiran, tenaga dan komitmen di antara ibu bapa dan warga sekolah untuk memehuhi keperluan dan kebaikan bersama secara berterusan bagi membantu mengukuhkan kecemerlangan murid.

Ibu bapa yang hadir tekun mendengar ceramah


Program telah bermula dengan kata-kata aluan daripada Pengerusi Majlis, diikuti bacaan doa dan ceramah keibubapaan diteruskan dengan penyampaian bertenaga daripada penceramah jemputan YM Raja Ismail bin Raja Shahadan  atau lebih dikenali dengan nama Pak Engku.


Penceramah yang disegani , Pak Engku 
 
Cenderamata tanda terima kasih ..

Pada pukul 10.40 pagi, selepas rehat selama 10 minit program diteruskan dengan Majlis Taklimat Ibubapa. Majlis dimulakan dengan ucapan dan taklimat ringkas daripada Penolong Kanan Petang En Mohd Kanafi bin Alias, Ucapan Pengetua Cemerlang, Pn Hjh Siti Khadijah bt Awang Seman dan Ucapan YDP PIBG En Mat Jusoh bin Salleh. Majlis diakhiri dengan Upacara Simbolik Penyerahan ‘Rotan’ oleh YDP PIBG SMK Rantau Panjang kepada Pengetua SMK Rantau Panjang. Majlis bersurai kira-kira pukul 1.00 tengahari.
 

Pengetua  menyampaikan ucapan 

Simbolik penyerahan rotan dari YDP PIBG kepada Pengetua

Program ini telah berjalan lancar dengan kerjasama daripada semua pihak. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak,  Para pentadbir khususnya Pengetua Cemerlang SMKRP yang memberi sokongan kepada UBK , kepada semua guru SMKRP yang sanggup korbankan cuti untuk bersama-sama menjayakan program ini. Jutaan Terima Kasih kepada  Pn Nor Zihan Ab Jabar kerana komitmen beliau yang telah bersiap sedia dengan 'kemungkinan yang betul-betul jadi nyata'. Beliau sanggup ambil tugas pengerusi majlis dari awal hingga akhir majlis. Tidak lupa kepada anak-anak murid SMKRP, PRS dan Pengawas yang ringan tulang membantu.

PRS, sentiasa sedia membantu...

No comments:

Post a Comment