KEMAHIRAN BELAJAR

1.
Pelajar Dan Pembelajaran
Pelajar perlulah mengetahui apakah tujuan mereka belajar iaitu sama ada untuk mendapatkan ilmu dan kecermerlangan ataupun belajar kerana mengikut rakan-rakan sahaja.Dengan ini para pelajar akan sedar tentang tanggungjawab mereka sebagai pelajar.

Keputusan Permohonan ke Program Matrikulasi sesi 2012/2013

Keputusan permohonan ke Program Matrikulasi sesi 2012/2013 bagi pelajar PST & PDT mulai 25 April - 31 Mei 2012. Keputusan boleh disemak melalui talian www.moe.gov.my atau sms taip MOE MAT NO.KP hantar ke 15888. Tarikh pendaftaran bagi pengambilan sesi 2012/2013 ialah pada : 28 Mei 2012 bagi kolej-kolej matrikulasi di semenanjung Malaysia dan 21 Mei 2012 bagi Kolej Matrikulasi Labuan.
Permohonan Kemasukan ke Institut Pendidikan MARA (IPMa) bagi sesi Julai 2012 :
German Malaysian Institute (GMI) \ Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) \ Kolej Poly Tech MARA (KPTM) \ Kolej Profesional MARA (KPM) \ Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
 Maklumat Lanjut >>
Permohonan di buka dari 1 Mac hingga 20 April 2012
PERUBAHAN TEMPAT 
KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA 2012

Permohonan Kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian (PISMP) Ambilan Jun 2012


Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Aplikasi Permohonan Kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP) Ambilan Jun 2012 boleh dibuat mulai 22 Mac 2012 (Khamis) melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia

Sekian, terima kasih.

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2011

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.


Sekian, terima kasih.