UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SMKRP
1Sekolah 1Blog ke Arah Transformasi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
PROGRAM UBK SEMESTER 1 2012
MAJLIS TAKLIMAT DAN SEMINAR KEIBUBAPAAN
(Tarikh : 3 Januari 2012, Tempat : Dewan Sementara SMKRP)
Majlis Taklimat dan Seminar Keibubapaan yang menjadi pembuka tirai program UBK 2012 ini telah dilaksanakan dengan tujuan untuk mendedahkan kepada ibu bapa tentang situasi baru pembelajaran dan budaya di peringkat sekolah menengah disamping mendengar amanat-amanat serta harapan pihak pentadbir sekolah terhadap murid baru. Dengan pendedahan dan penjelasan tersebut diharap para ibu bapa khususnya dapat membina kekuatan dan meningkatkan potensi anak-anak untuk memartabatkan kualiti akademik dan sahsiah murid pada masa akan datang. Dengan pemuafakatan dan perkongsian maklumat, pengalaman , kemahiran, tenaga dan komitmen di antara ibu bapa dan warga sekolah untuk memehuhi keperluan dan kebaikan bersama secara berterusan bagi membantu mengukuhkan kecemerlangan murid.
Ibu bapa yang hadir tekun mendengar ceramah |
PERMOHONAN KEMASUKAN KE UiTM SESI AKADEMIK 2 2012/2013
- Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk mengikuti Program di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
- Pemohon dikehendaki melayari http://online.uitm.edu.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut, sebelum membuat permohonan.
- Pemohon dikehendaki membeli no. slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 2 Julai 2012 (Isnin) dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil) melalui cawangan BSN/Mesin ATM/MyBSN/SMS Banking. (no. Slip yang dibeli sebelum 2 Julai 2012 adalah TIDAK SAH untuk permohonan ini).
MEMBACA SECARA BERKESAN
Oleh: Dr. Tengku
Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D
Persediaan Sebelum Membaca.
Langkah-langkah
yang berikut perlu diambil untuk memastikan pelajar mampu membaca secara berkesan.
MENGURUS MASA BELAJAR
(Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D)
Masa bukanlah
emas sebab masa tidak boleh dijual beli seperti emas. Masa sebenarnya ialah degupan jantung
anda. Masa adalah nyawa anda, kehidupan
anda.
- Dr. T. Asmadi
Pelajar perlulah
bijak menguruskan masa mereka agar dapat diseimbangkan antara aktiviti
mengulangkaji dengan aktiviti-aktiviti lain.
Kegagalan mengurus dan mengatur masa dengan berkesan antara faktor
kegagalan dalam pelajaran. Sebagai
pelajar anda mestilah:
Subscribe to:
Posts (Atom)